Menurut aktivis Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan (Gegar), Mohd Fauzi Mohd Azmi, seorang lelaki menawarkan 10 dinar (RM7,990) untuk membeli plak tersebut sewaktu berkunjung ke gerai pameran Gegar hari ini.
Bagaimanapun kata Fauzi, plak itu tidak akan dijual kepada sesiapa pun kerana mempunyai nilai sejarah bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sendiri.
"Plak itu tak akan dijual kepada sesiapa pun kecuali kalau boleh ditukar dengan royalti petroleum rakyat kelantan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau juga berkata, plak tersebut terpaksa disimpan 'di tempat yang selamat' kerana ia mula menarik perhatian pihak-pihak tertentu.
"Pagi tadi saya terima penggilan yang kata dia dari pihak istana, nak ambil plak itu untuk cop mohor sultan.
"Tapi saya hubungi kawan yang bekerja di istana, dia kata tak ada. Kalau ada, istana mesti keluarkan surat terlebih dahulu. Jadi kami risau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dapatkan plak itu kemudiaan menghancurkannya," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, Gegar meneruskan usaha mendapatkan tandatangan orang -orang kenamaan dari pelbagai parti politik untuk menyokong usaha NGO itu mendapatkan hak rakyat Kelantan.
"Kita sedang kumpul tandatangan VIP tak kira aripada Umno, PAS, PKR, DAP atau dari mana-mana pun untuk menadapatkan sokongan mereka.
"Sekarang kita bukan fokus kepada royalti rakyat Kelantan sahaja tapi kita nak hasil minyak didaratkan di Kelantan, bukan di Thailand, bukan di tempat lain." tegasnya.
Kelmarin, Tuanku Sultan Muhammad ke-V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV.
EXPO PERTANIAN NEGERI KELANTAN 2012
HEBAHAN: Kunjungi Expo Pertanian Negeri Kelantan Tahun 2012, 5hb hingga 10hb jun 2012, Perkarangan stadium Sultan Muhamad iv, ,Kota Bahru,
TARIKH:5 JUN 2012 HINGGA 10 JUN 2012
MASA: 10.00 PG HINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT: STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, KOTA BAHRU, KELANTAN
DISEMPURNAKAN OLEH: KDYMM AS-SULTAN KELANTAN
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!
EKSPO PERDAGANGAN DUNIA ISLAM 2012
Hebahan : Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 & Konvensyen Halal Sedunia Berasaskan Dinar Dan Dirham sebagaimana berikut:
Tarikh : 15 - 20 Jun 2012
Masa : 10 Pagi - 10 Malam
Tempat : Perkarangan Stadium Muhammad ke iv & Kompleks Balai Islam Kota Bharu (18 Jun 2012)
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
ANTARA ACARA MENARIK:
1. PESTA MAKANAN ANTARABANGSA
2. PRODUK DUNIA ISLAM
3. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ANTARABANGSA
4. PAMERAN ANIMASI DAN MULTIMEDIA
5. PRODUK WARISAN KELANTAN
6. PAMERAN TEKNOLOGI PEMOTORAN DAN MOTOSIKAL
7. PADANAN PERNIAGAAN
1. www.dinarkel.net - Aktiviti Wakalah 5 Jun 2012 - Expo
2. www.dinarkel.net - Berita Terkini Ekspo Perdagangan Dunia"
No comments:
Post a Comment