Sunday, 4 December 2011

Untung bersih PETRONAS Tahun 2011, RM40bilion

Pendapatan enam bulan disumbang harga lebih tinggi semua produk

PETRONAS meraih keuntungan bersih RM40 bilion dalam tempoh enam bulan pertama berakhir 30 September 2011, melonjak 50.9 peratus berbanding RM26.5 bilion bagi tempoh sama tahun kewangan lalu.

Ia diraihnya daripada pendapatan berjumlah RM144.8 bilion, meningkat 25.3 peratus daripada RM115.5 bilion.
Naib Presiden Eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal, berkata peningkatan dalam pendapatan disumbangkan harga lebih tinggi merentasi semua rangkaian produk PETRONAS, sungguhpun sedikit terjejas daripada pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Peningkatan keuntungan bersih pula susulan keuntungan kasar lebih tinggi sungguhpun berdepan persekitaran kos lebih tinggi.

“Tidak termasuk laba daripada pelupusan Cairn India Ltd pada suku kewangan pertama, keuntungan bersih Petronas mengukuh sebanyak 41.5 peratus,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi suku kewangan kedua Petronas di Kuala Lumpur, semalam.

PETRONAS mencatat keuntungan bersih RM18.349 bilion pada suku kedua berakhir 30 September 2011, meningkat 53.8 peratus berbanding RM11.885 bilion suku sama tahun sebelumnya.
Pendapatannya dalam suku berkenaan naik 26 peratus kepada RM71.831 bilion daripada RM56.990 bilion.

George berkata, kunci kira-kira PETRONAS kekal kukuh dengan hartanah, kilang dan peralatan (PPE) dan jumlah aset masing-masing berkembang 7.4 peratus dan 7.6 peratus didorong strategi pertumbuhan kumpulan.

Tunai daripada operasi berada pada RM47.4 bilion meningkat 61 peratus daripada RM29.5 bilion pada suku kewangan tahun sebelumnya, disumbang terutama oleh pendapatan lebih tinggi, katanya.

Beliau berkata, perbelanjaan modal dalam suku dikaji berjumlah RM24 bilion, 43 peratus lebuh tinggi berbanding suku sama tahun sebelumnya.

“Pembayaran dividen kepada kerajaan pula berjumlah RM21 bilion,” katanya.

Sementara itu, Presiden yang juga Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata syarikat minyak kebangsaan itu mengunjurkan meraih keuntungan antara RM70 bilion hingga RM75 bilion bagi seluruh tahun kewangan semasa berdasarkan prestasi kukuh dalam tempoh separuh pertama itu.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pemulihan ekonomi global dijangka kekal tidak stabil dengan potensi risiko ia akan bertambah buruk lagi tahun depan dengan krisis zon euro dijangkakan bertambah runcing dan kelemahan berterusan ekonomi AS.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Eksekutif Penerokaan dan Pengeluaran PETRONAS, Wee Yiaw Hin, berkata PETRONAS sudah membida bagi pembangunan lapangan minyak pesisir di Myanmar.

 

sumber: Berita Harian

Saturday, 26 November 2011

Royalti: Muhyiddin cuba memulas tangan rakyat Kelantan

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu royalty minyak akan mudah di selesaikan jika PAS dan UMNO berada dalam satu pasukan. Moral politiknya ialah Muhyiddin sedang cuba mengumpan PAS untuk bersama UMNO dan bersatu bagi penyelesaian isu royalty minyak yang sedang di tuntut oleh kerajaan negeri Kelantan. Dengan ungkapan Muhyiddin ini ianya menjelaskan satu dua perkara kepada kita.



Pertamanya UMNO dan kerajaan persekutuan mengakui yang kerajaan negeri Kelantan ada hak ke atas royalty minyak seperti yang termaktub di dalam perjanjian yang ditanda tangani di antara pertronas dan rakyat negeri Kelantan pada bulan mei 1975 dahulu.

Keduanya sekarang kerajaan persekutuan mengakui yang hak itu boleh di perolehi jika PAS bersatu dengan UMNO dan isu itu diselesaikan setelah PAS bersama UMNO. Masalahnya perjanjian dalam perjanjian pada 27 hb Mei 1975 itu adalah di antara kerajaan dan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar PAS semasa itu iaitu Dato Mohamad Nasir.

Saya telah menulis secara detail dalam posting saya dua tahun yang lepas dan saudara masih boleh membacanya jika saudara mengambil sedikit usaha untuk mencarinya di dalam archive blog ini. Jika kita kaji dalam, kita akan mendapat pelajaran perbezaan pemimpin dahulu dan sekarang. Muhyiddin nampaknya hendak menggunakan royalty minyak untuk mendapatkan sokongan PAS untuk membantu UMNO dalam parti itu (UMNO) sedang terdesak yang amat sangat.

Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri tidak faham atau saja-saja tidak mahu faham yang perjanjian itu adalah di antara petronas dan rakyat Kelantan, bukannya di antara UMNO dengan PAS. Semasa perjanjian itu ditanda tangani kerajaan Kelantan semasa itu adalah kerajaan pimpinan PAS yang di ketuai oleh Dato Mohamad bin Nasir sebagai MBnya.

Minyak yang di keluarkan di persisiran pantai Kelantan itu adalah kepunyaan rakyat Kelantan, tidak kira mereka ahli PAS, UMNO, MCA atau parti mana-mana sekali pun. Jelas dalam perjanjian itu yang Kelantan berhak menerima 5 peratus dari harga FOB minyak tersebut dan di bayar secara tunai dua kali setahun.; iaitu pada bulan Mac dan bulan September setiap tahun. Ini sudah ditanda tangani.

Kenyataan Muhyiddin itu membayangkan yang beliau tidak menghormati semangat persekutuan seperti yang termaktub di dalam perjanjian persekutuan pada tahun 1948 dahulu.

Walaupun Muhyiddin seorang Timbalan Perdana Menteri elok kita ingatkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu itu wujud hanya pada tahun 1948 setelah negeri-negeri yang berdaulat termasuk Kelantan bersatu dengan negeri-negeri lain dalam satu persekutuan yang di namakan Persekutuan Tanah Melayu dan selepas itu menjadi Persekutan Malaysia setelah Sabah dan Sarawak menjadi ahli-ahli baru kepada persekutuan itu.

Setiap negeri yang ada di dalam persekutuan ini adalah negeri-negeri yang berdaulat dan mempunyai Lagislatifnya sendiri. Kedaulatan negara Persekutuan Malaysia itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri yang berada di dalam persekutuan itu.

Di Putrajaya itu bukannya kerajaan pusat seperti negara-negara unitary, sebaliknya di Putrajaya itu adalah kerajaan Persekutuan. Takkanlah perkara yang begitu asas ini pun tidak di fahami oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang sedang berusaha hendak menjadi PM dalam masa yang singkat ini.

Oleh kerana itu kerajaan persekutuan mesti menghormati rakyat negeri Kelantan yang berdaulat itu dan menghormati perjanjian pada Mei 1975 itu sebagai satu perjanjian dengan sebuah negeri dan rakyat yang berdaulat.

Kerajaan persekutuan tidak payah bersatu dengan PAS untuk memberikan royalty itu kerana perjanjian itu tidak kena mengena dengan PAS atau UMNO. Ianya perjanjian di antara petronas dengan rakyat Kelantan. Parti mana pun yang memerintah di Kelatan itu berhak untuk mendapatkan royalty seperti yang telah di tanda tangani itu.

Kalau party KITA yang memerintah negeri Kelantan rakyat Kelantan tetap berhak ke atas royalty minyak itu. Begitu juga kalau party UMNO, MCA, MIC atau parti Cinta Malaysia yang mentadbir negeri Kelantan rakyat Kelantan tetap berhak ke atas royalty minyak itu seperti yang termaktub di dalam perjanjian bulan Mei 1975 itu.

Tindakan Muhyiddin berkata-kata seperti ini menunjukan sifat UMNO itu sendiri. Muhyiddin seolah olah memberi tahu rakyat Kelantan, “Kamu ada duit royalty minyak. Kalau kamu mahukan wang royalty itu kamu mesti sokong UMNO atau bekerja sama dengan UMNO. Kalau tidak aku takkan bagi duit kau yang ada pada ku” Lain-lain perkataan Muhyidin sedang cuba untuk memulas tangan rakyat Kelantan untuk menyokong UMNO.

Tetapi rakyat Kelantan mempunyai maruah. Mereka tidak termakan dengan ugutan seperti itu. Mereka tahu hak mereka sedang di rampas oleh kerajaan persekutuan. Mereka juga tahu kerajaan persekutuan tidak menghormati kedaulatan rakyat Kelantan.

Mereka tahu kerajaan persekutuan telah merampas hak mereka. Untuk mendapatkan hak mereka itu mereka tahu caranya; iaitu menolak UMNO sebagai pemerintah kerajaan persekutuan. Waktu untuk melakukannya ialah semasa pilihanraya umum yang akan datang. Rakyat Kelantan tahu yang kerajaan persekutuan sedang memeras mereka dan mereka juga tahu yang usaha mereka itu akan berjaya jika di izin Tuhan.

Rakyat Kelantan juga tahu yang kerajaan persekutuan bersikap seperti sikap Malayan Union terhadap negeri-negeri Melayu dahulu. Kalau Malayan Union dulu adalah ciptaan Inggeris sikap ala Malayan Union terhadap Kelantan itu di lakukan oleh bangsanya sendiri. Itu sahaja perbezaannya.

Penarikan balek wang royalty minyak ini dimulakan oleh Dr Mahathir pada tahun 1999 dahulu apabila Terengganu jatuh ketangan PAS dan menggantikannya dengan wang ehsan yang dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Etika dan undang-undang tidak lagi dihormati dan sekarang ianya menjadi ikutan kepada pemimpin-pemimpin selepas beliau. Saya tidak nampak undang-undang boleh menyelesaikan isu ini kerana badan kehakiman sendiri boleh dibicarakan oleh UMNO sejak 1988 dahulu.

Hanya satu cara sahaja yang membolehkan isu ini dapat di selesaikan; iaitu dengan memberikan mandat untuk memerintah kepada pihak yang lain, dan waktunya sudah hampir tiba.

 

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com

Batal Darurat: Kelantan berhak dapat Royalti

Fakta Tuntutan Royalti Yang Perlu Diketahui

FAKTA TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS KELANTAN.

A. UNDANG-UNDANG DAN PERJANJIAN DILANGGARI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

- Tahun 1974 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen dan mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13



(1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

- Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”. Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

[NOTA: Berdasarkan perjanjian itu Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.]

- 12 Noember 1975 - "Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."
- Kenyataan Mantan Perdana Menter, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara.

B. HAK PENDARATAN MINYAK KE PERAIRAN KELANTAN DINAFIKAN BAGI KAWASAN MEDAN JDA DENGAN PEMBINAAN PAIP MINYAK DI SONGKLA, THAILAND, WALAUPUN JARAK KOTA BHARU LEBIH DEKAT 110KM.

- Tahun 2005 - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia-Thailand (dalam perairan Kelantan) telah beroperasi projek di Telaga Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

- Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA (beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!

- Jarak 166km telaga minyak diperairan Terengganu didaratkan di Kerteh, Terengganu. Kenapa Kelantan yang jaraknya hanya 150km dari JDA dinafikan hak?

C. SEKALI LAGI HAK NEGERI KELANTAN INGIN DINAFIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN MENDARATKAN MINYAK KELANTAN KE TERENGGANU.

- 24 Ogos 2011 - PETRONAS mengumumkan pendaratan dan pembinaan loji pemprosesan gas di Kerteh, Terengganu dgn nilai RM15Billion meliputi pemasangan paip dilautan sepanjang 200km dan dijangkan siap 2013.

- 2 telaga minyak iaitu Telaga Bumi dan Telaga Surya dari Blok PM301, North Malay Basin yang berada di perairan Kelantan.

- 60,000 tong sehari pengeluaran di kedua2 telaga.

- USD80 setong harga minyak mentah minimum mengikut pasaran dunia.

- 21.6 juta tong setahun pengeluaran dari kedua-dua medan dan boleh mencapai RM5.24 billion setahun.

- RM262 JUTA setahun yang patut Kelantan terima jika royalti 5% diberikan kepada Kelantan.

Sebagai Rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia, saya menyeru seluruh rakyat Kelantan bersatu padu dan bangkit menuntut HAK ROYALTI minyak+gas dan HAK PENDARATAN minyak dan gas di bumi Kelantan demi kedaulatan Negeri, kemakmuran ekonomi anak bangsa hadapan.

Ayuh Rakyat kita BANGKIT! Royalti Hak Rakyat Kelantan, Tuntut Sampai Dapat!

Disusun oleh;

Syam Ghaz
Setiausaha
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Thursday, 17 November 2011

Galeri: Rombongan "Amanat Tun Razak" di Parlimen

GEGAR dengan kerjasama beberapa Aktivis dan Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan telah berlepas ke Parlimen Malaysia untuk menyerahkan Dokumen Amanat Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak berkenaan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.







royalti minyak Kelantan

[gallery]

Tuesday, 15 November 2011

Awang Adek berniat jahat tolak amanat Tun Razak

Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menolak poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak oleh skuad Gegar sebagai tindakan ‘jahat’.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tindakan timbalan menteri dari Kelantan itu berniat jahat untuk menafikan hak kerajaan dan rakyat di negeri ini mengikut perundangan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas reaksi Awang Adek yang menolak menerima poster yang antaranya mengandungi ucapan allahyarham Tun Abdul Razak berhubung hak negeri itu untuk mendapatkan royalti sebanyak lima peratus.

Katanya, tuntutan itu memang wajib dilakukan kerana ianya menjadi hak kerajaan negeri memandangkan hasil minyak terdapat dalam perairan Kelantan.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis solat hajat dan pecah tanah sempena projek naik taraf Loji Rawatan Air Wakaf Bunut, Pasir Putih, dekat sini tengah hari tadi.

“Kalau Terengganu dibayar royaltinya kerana minyak diambil dari negeri itu, begitu juga dengan Kelantan, hasil minyak juga diambil dari bumi Kelantan,” ujarnya.

Pada 10 November lalu, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti ke Parlimen untuk menyerahkan poster tersebut kepada pihak kerajaan Pusat.

Setiausaha Gegar, Muhammad Hishammuddin Ghazali, berkata malangnya, poster berkenaan ditolak oleh Dr Awang Adek apabila ianya diserahkan kepada timbalan menteri tersebut.

“Sebanyak dua kali kami memberikan poster tersebut, kedua-duanya dia menolak dengan kasar, tak payah,… tak payah… sambil menolak poster yang diberikan.

“Kali kedua kami memberikan padanya dia kata lagi “tak payah… tak payah… ini semua kerja politik,” ujar Hishamuddin lagi.

Hishammudin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan timbalan menteri yang berasal dari Kelantan sendiri berhubung tuntutan hak itu.

Katanya, sepatutnya sebagai orang yang berasal dari Kelantan menyokong apa yang diperjuangkan kerana ianya untuk kemajuan rakyat di negeri itu sendiri.

“Di sini jelas menunjukkan kepada kita, isu royalty minyak yang masih gagal diperolehi kini dikhianati oleh orang Kelantan sendiri.

“Mana bukti yang mengatakan untuk membantu rakyat Kelantan, mana slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

 

Harakahdaily


Monday, 14 November 2011

Mahasiswa: Tiada sebab rakyat Kelantan dinafikan

Tidak ada sebab kenapa rakyat Kelantan dinafikan hak mereka untuk menerima wang saku hasil dari bumi mereka, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan."Gamis yakin anak muda dan mahasiswa pada hari ini celik dan sedar apa yang berlaku seolah orang yang membajak tanah rumah kita untuk pertanian namun yang mendapat hasil dan tuaian ialah rumah jiran sebelah," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, isu royalti minyak adalah suatu tuntutan asasi dan perjuangan hak rakyat Kelantan.

Tambahnya, terbaru ialah penemuan Telaga Surya dan Telaga Bumi dari Blok PM 301, North Malay Basin yang mengeluarkan 60,000 tong sehari atau 21.6 juta tong setahun.

Katanya, pendapatan keseluruhan dua telaga ini adalah sebanyak RM5.24 billion setahun mengikut harga pasaran minyak mentah dunia dengan andaian harga minima USD80.00.

“Sekiranya 5% royalti diberikan, ini bermaksud RM262 juta setahun dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan,” katanya.

Menrutunya, projek pembinaan lebuhraya yang sangat ditunggu-tunggu dan menjadi keperluan rakyat boleh dilaksanakan segera jika wang royalti itu diberikan.

Hal ini, ujarnya termasuk juga bantuan rakyat termiskin dan program pembangunan lain dapat dilaksanakan.

Lebih menyedihkan, tambahnya ialah apabila ada nyawa yang terkorban dalam usaha menuntut royalti rakyat Kelantan ini.

Ini ekoran bekas Presiden Gamis dan aktivis masyarakat, iaitu Allahyarham Saudara Kamarulzaman Abdullah yang terlibat dalam kemalangan maut setelah pulang dari menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat minggu lalu.

“Kami mendesak agar pihak kerajaan pusat menilai dan pertimbangkan hak rakyat Kelantan ini tanpa sempadan politik dan mengutamakan keperluan rakyat daripada parti yang memerintah.

“Jika Perdana Menteri dapat tunaikan hasrat rakyat Kelantan ini, baru kami rasa slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ boleh digunapakai dalam pentadbiran kerana situasi sekarang ialah ‘rakyat dipinggirkan, pencapaian politik diutamakan’ akibat kepentingan yang ada,” katanya.


 —

Sunday, 13 November 2011

Video: Kenyataan Media Datuk Husam Musa di Parlimen

Gas Asli di Perairan Kelantan cuba dimanipulasi.

Menurut laporan terbaru PETRONAS, Gas Asli yang berada di perairan Kelantan yg terletak  di Telaga Bumi & Telaga Suria (Blok PM301 - North Malay Basin) sudah mula dikeluarkan, menurut laporan PETRONAS pada 24 september 2011 mereka ingin mendaratkan hasil bumi ini di Kerteh, Terengganu dengan membina paip sejauh 200km. Pengeluaran gas sudah bermula sejak April 2011 dan diumumkan oleh PETRONAS pada tahun ini juga.

Kenapa perkara ini berlaku? Sedangkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan SUDAH menyediakan 2000 ekar tanah di Daerah Bachok, Kelantan untuk tujuan pendaratan minyak dan gas di Negeri Kelantan.

Cuba bayangkan jika hasil gas dan minyak ini didaratkan di perairan Kelantan, kemakmuran & hasil ekonomi Negeri serta rakyat akan berubah. Ini adalah diskriminasi & kezaliman Kerajaan BN yang dilakukan sejak sekian lama, adalah menjadi kewajipan kita untuk menentang segala kezaliman ini, demi masa depan anak & keturunan kita!

Allahyarham Kamalruzaman yang saya kenal

Oleh: Rossem
Dua hari sebelum kembali ke Rahmatullah, sering saya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengannya seputar kerja. Saat menerima berita kecelakaan jalan raya yang meragut nyawanya, sms itu belum delete, justeru saya terkejut amat sangat bahkan seperti tidak percaya khabar duka yang diterima selepas pulang solat Jumaat, 11 November 2011 benar-benar satu realiti.

Allahyarham, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur sibuk menyiapkan dokumen yang dijadikan poster yang menarik mengenai tuntutan royalti minyak yang akan diserahkan
kepada Perdana Menteri di parlimen 11 November.Poster petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak ketika menjawab pertanyaan YB Lim Kit Siang di Dewan Rakyat tanggal 12 November 1975.
Antara Intinya ialah “Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut yang dijual PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya”.

Poster itu juga memuatkan petikan ucapan Menteri Besar Kelantan (1976-1990), Dato’ Haji Mohamad Yaacob, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam (4 April 1989) dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Haji Najib di Dewan Rakyat (4 November 2009).

Selanjutnya, Allahyarham mahukan poster itu dimuatkan dalam laman iklan akhbar Sinar Harian. Kebetulan saya penyalaras ruang iklan yang beli Kerajaan Kelantan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Iklan berbayar, satu muka surat itu terbit dua kali seminggu iaitu setiap Ahad dan Khamis, edisi Timur.

Allahyarham benar-benar mengharapkan saya dapat memuatkan poster itu mengikut tarikh yang yang sama dengan hari penyerahan Amanat Tun Razak di parlimen pada 10 November 2011.

“Saya dah sent tadi. Pak Rossem dawnload. Terima kasih” beritahunnya melalui sms setelah saya memintanya mengirim artwork poster yang sudah siap direkabentuk.

Seterusnya ia menyambung “Ya, 10 November saja, kita nak nasional sebab kita mahu semua rakyat Malaysia tahu pasal ucapan Tun Razak. Itu pun kalau Sinar Harian berani publish. Kalau Sinar Harian tak berani, harap Pak Rossem ejas ayat-ayat mana yang depa tak selesa, bagi depa selesa..Terima kasih”

Saya memberitahunya bahawa harga iklan akan berganda jika untuk edaran nasional, hal ini perlu maklumkan lebih dahulu kepada Pengarah Urusetia Penerangan, minta kebenarannya.

Allahyarham membalas sms saya “ Ambo dah tanya Ustaz Man (pengarah), boleh tak untuk keluaran 10 Nov sahaja, di upgrade jadi nasional dan colour. Dia setuju, Pak Rossem boleh ejas ke untuk 10 Nov itu?”

Komitmen Allahyarham tentang kerja sangat tinggi. Harapannya agar Amanat Tun Abdul Razak tersebar luas, dapat dibaca dan diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia memang satu usaha yang sangat mengagumkan.

Dan saya telah tunaikan permintaan Allahyarham. Iklan seperti yang dimintanya telah terbit dalam Sinar Harian tanggal 10 November, walaupun pada mulanya tak diluluskan untuk siaran oleh editor akhbar tersebut, namun setelah puas merayu dan campurtangan Pengarah Urusetia Negeri dengan melakukan sedikit perubahan, akhirnya dimuatkan.

Maka benarlah seperti diungkapkan bossnya, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Husam Musa “Semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan”

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti. Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira.”

Kamaruzaman Haji Abdullah, 31, Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Kelantan, YB Dato’ Haji Husam Musa meninggal dunia dalam tugas sewaktu dalam perjalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti minyak.


catatan asal: http://demitinta.blogspot.com/2011/11/allahyarham-kamalruzaman-yang-saya.html

Saturday, 12 November 2011

Video: Rombongan GEGAR ke Parlimen

GEGAR dengan kerjasama beberapa Aktivis dan Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan telah berlepas ke Parlimen Malaysia untuk menyerahkan Dokumen Amanat Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak berkenaan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan. Dalam Video ini kita boleh lihat jelas Pemimpin UMNO Kelantan yang tidak menyokong tuntutan rakyat ini. Apa yang boleh kita harapkan daripada Pemimpin sebegini?

Friday, 11 November 2011

Allahyarham Kamarulzaman 'wira royalti' Kelantan

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.

Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.

"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini.

Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini.

Allahyarham berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta beberapa lagi jawatan lain.

Allahyarham Kamarulzaman, 32, terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti semalam.

Bagaimanapun, dua orang lagi rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya cedera ringan.

Roslan yang juga suami kepada kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu mengucapkan takziah pada anggota keluarga.

“Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya.

Turut menziarahnya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pembantu khas Husam meninggal dunia

KUALA KRAI, 11 Nov: Pembantu khas kepada Datuk Husam Musa, Kamarulzaman Abdullah(gambar, berdiri kiri) meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dekat Paloh di sini awal pagi ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, beliau bersama dua lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang.

Mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti Kelantan.

Akibat kemalangan itu, beliau yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah Allahyarham kini dibawa ke Hospital Gua Musang.

Dua lagi rakannya Roslan Mohd Zain juga cedera di kepala dibawa ke Hospital Kula Kerai manakala Ridwan Elias hanya mengalami mengalami cedera ringan.

Pemandu dan penumpang Myvi juga cedera parah dan turut dibawa ke Hospital Kula Kerai untuk rawatan lanjut.

Solat jenazah allahyarham akan diadakan di rumah ayahnya di Batu 4 Wakaf Che Yeh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota.

Allahyarham yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Kelantan, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

Sementara itu, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman.

"Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Al-Fatihah," katanya.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman.

Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM



Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

NONEMerujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelantan jangka dapat royalti minyak 6 tahun lagi

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjangkakan negeri itu akan mendapat tuntutan royalti minyak, paling lewat enam tahun lagi.

AZLANAndaiannya itu, berdasarkan kepada pelantikan Sultan Kelantan, Muhammad ke-V yang dilantik sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada pertengahan Oktober lalu.

“Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Dan insya-Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,” kata Husam dipetikHarakahdaily di Kota Bharu semalam.

Pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun, sebaliknya bersetuju memberikan   wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

Wang ehsan berkenaan kemudiannya disalurkan kepada Umno Kelantan untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu.

Kes tuntutan royalti minyak oleh Kelantan ini akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Disember nanti.

Thursday, 10 November 2011

Tugas Pertama DS Hj Najib Pulangkan Royalti Minyak

Oleh: ustaznik

Hari ini 11 Nov 2011. Tanggal 12 Nov 1975 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak memberikan jawapan kepada Lim Kit Siang dalam parlimen mengenai royalti minyak. Jawapan itu boleh dilihat pada poster di sebelah yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Kelantan kepada PM Malaysia sekarang, DS HJ Najib yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Malangnya jawaban Najib dalam Parlimen tentang royalti minyak Kelantan menyanggahi apa yang dijawab bapanya.

DS HJ Najib baharu pulang dari Mekah menunaikan haji. Orang balik haji yang dipanggil Pak Haji ni biasanya orang baik, atau orang mahu menjadi baik. Lepas lihat Kaabah, lepas tawaf, lepas saie, lepas wukuf di Arafah, lepas minum air zam-zam sepatutnya ada perubahan positif yang berlaku.
Dalam konteks seorang Perdana Menteri, perubahan yang berlaku antaranya perubahan sikap dan pandangan terhadap hak royalti Kelantan. Apatah lagi poster yang dibawa itu pula bukan setakat poster orang biasa, bukan poster orang Myanmar atau Kemboja di Seri Bandi atau Sungai Miang tetapi poster ayahandanya sendiri.

Tidak terdetikkah di hatinya yang baharu menunaikan ibadah haji itu untuk terasa menunaikan amanah bapanya sendiri dan membenarkan kata-kata bapanya itu, melampaui batas sempadan rasa sakit hati terhadap Kelantan? Atau merasai kuasa adalah segala-galanya sehingga menolak kebenaran ucapan bapa sendiri?

Kalau pembaca sebagai seorang anak, kemudian ditunjukkan gambar bapa dengan ucapannya yang tertentu bercanggah dengan ucapan saudara, apa perasaan saudara? Tidak terasa langsung dalam hati? Tidakkah hubungan bapa dan anak itu ada nilai sentimentalnya yang tersendiri?

Justeru, amat wajar tindakan kerajaan Kelantan membawa poster Tun Razak bersama jawapannya berkenaan royalti itu kepada anaknya Najib yang baharu pulang dari Mekah. Ia bukan perbuatan menangguk di air keruh dan semata-mata mengumpan sentimen bapa dan anak, tetapi mencedok di air jernih dan mahu menjadikan si anak itu menghormati kata-kata bapanya.

royalti minyak Kelantan

Dokumen Asal Perjanjian "Akta Kemajuan Petroliam 1974"

Berikut adalah Salinan Dokumen ASAL Akta Kemajuan Petroliam 1974  yang ditandatangani oleh Tengku Razaleigh Hamzah(yang merupakan Pengerusi Petronas pada masa itu) & Datuk Mohammad Nasir (selaku Menteri Besar Kelantan)



YBM Tengku Razaleigh mewakili Petronas mememterai perjanjian dengan Kerajaan Kelantan.

Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti  bagi "Pemunyaan Hak" yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum

 



 

 



 



 



 



 

 

 

 

Tuesday, 18 October 2011

Kempen Video: Royalti Hak Rakyat Kelantan

GEGAR dengan kerjasama beberapa aktivis tempatan memulakan kempen terbaru Tuntutan Royalti Petroleum melalui paparan Video & dokumentari yang menarik

Tuesday, 11 October 2011

Tok Guru: Royalti, nama Allah dan hubungan antara agama

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjawab pelbagai isu dalam wawancara khas dengan beliau di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan Sabtu, 23 Januari lepas. Beliau telah diwawancara oleh tiga wartawan kanan termasuk dari Harakahdaily, Zulkifli Sulong. Berikut adalah hasil wawancara eksklusif itu dengan dibantu oleh Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir.

Wartawan: Isu royalti minyak, sejauh mana kerajaan Kelantan berusaha untuk mendapatkannya.

Nik Aziz:  Sepatutnya tuntutan Kelantan terhadap royalti tidak menjadi masaalah, kerana minyak terletak dalam pantai di perairan Kelantan. Jauh mana sekalipun ianya dikira hak kerajaan Kelantan.
Tiga kilometer ke, 10 kilometer ke atau 70 sekalipun, kerana ianya (ukuran) perbuatan manusia.

Sekiranya Kerajaan Pusat, yang mana setitik minyak sekalipun tidak ada di tempat mereka, namun mereka juga turut mendapat hasil melalui Petronas.

Tetapi, kenapa Kelantan yang mempunyai hasil minyak sendiri melalui telaganya yang banyak, kenapa pula dijadikan isu?.

Sepatutnya minyak yang keluar dari bumi Kelantan, menjadi hak negeri inilah. Kalau dikira dari segi ehsan, kerajaan Pusat yang sebenarnya perlu mendapat ehsan dan bukannya Kelantan. Kelantan yang ehsan pada Kuala Lumpur, tetapi sudah terbalik keadaan.

Tinggal lagi masaalah mahkamah tu, tuan-tuan sudah maklum, kita telah membuat tindakan. Pada masa yang sama kerajaan negeri telah melantik penal peguamnya sendiri, termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Insyaallah, Allah akan menolong kita dan saya minta doa agar Kerajaan Pusat akan memberi kepada kita sebagai hak kita, disamping tidak menimbulkan rasa benci rakyat pada mereka.

Rakyat sekarang ini semakin ramai yang faham apa itu erti demokrasi, komunis itu pula macam mana, jadi sekiranya masih melakukan tindakan sebegini (nafi hak Kelantan) tiada bezanya dengan tindak tanduk komunis dengan demokrasi.

Komunis rampas harta orang, demokrasi juga rampas harta rakyat, dengan sebab ini akan menimbulkan rasa benci rakyat terhadap demokrasi sebagaimana mereka benci pada komunis. Ini bahaya jika rakyat akan berperasaan begini.

Baru-baru ini Tun Salleh Abas berkata ketika dalam wawancara dengannya berhubung kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai penderhaka. Contohnya Mustapha Mohammad. Jadi apa pandangan Tok Guru?

Ada dua tiga orang rakyat Kelantan ini yang hanya boleh dibilang dengan jari yang tidak bersetuju (tuntutan royalti). Sebagai bukti yang jelas sekali sebagai bukti pada 28 Januari ini, Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menjelaskan keadaan yang sebenar berhubung perkara itu.

Tengku Razaleigh telah lama menyebut. Dia ni orang Umno, tetapi atas sifat kemanusiaan, beliau memahami sehingga tidak menjadikan ianya sebagai isu politik parti yang didokonginya.

Beliau lebih memandang tuntutan itu sebagai yang benar-benar berhak serta adil. Kenapa hasil balak tidak ada siapa yang peduli, kenapa hasil minyak ingin pula diganggu-gugatkan? Sedangkan ianya perkara yang sama.

28 haribulan ini ada suatu perkara penting saya nampak di Kelantan. Ada wakil-wakil paderi di seluruh Negara akan berhimpun di Kelantan.  Kemudian Tuan Guru akan menganjurkan makan tengahari bersama mereka, jadi bagaimana Tuan Guru melihat hubungan antara agama?

Saya ini adalah di antara orang yang belajar agama, saya belajar dengan orang tua saya, saya belajar di India, Pakistan termasuk juga di Mesir.

Agama Islam ini disebut Islam, sesekali juga disebut ‘assilmu’, sesekali juga disebut ‘alamin’. Orang Islam apabila bertemu dengan orang lain akan mengucapkan ‘assalamualaikum’. Ini satu-satunya agama yang mengajar penganutnya berhubung kesejahteraan serta keamanan.

Allah hanya satu, malah Allah meminta kita mengulang namanya dengan ‘arrahmanirrahim’.  Walaupun nama Allah ada 99, tetapi ‘arrahmanirrahim’ diminta ulang-ulang mengucapkannya. Arrahman ni bermaksud pemurah, kesihanbelas, Al Jabbar (gagah perkasa), Al Mutakkabir (yang menyombong), Al Muttaqim (pendendam), namun malangnya nama Allah itu tidak diulangi bagi melahirkan rasa takut, gerun pada Allah. Yang biasa diketahui Arrahman, Arrahim sahaja.

Nabi Muhammad sendiri perkara pertama yang baginda lakukan sewaktu sampai di Madinah dengan musuh tradisi ialah ‘perdamaian’ atau disebut Piagam Madinah.

Piagam Madinah ini adalah antara sebuah kerajaan yang dipegang baginda di Madinah dengan musuh lamanya Yahudi.

Walaupun Islam mendakwa Nabi Isa dinaikkan ke langit, namun bagi orang Kristian, Yahudi telah membunuh Nabi Isa dengan menggunakan ‘salib’ sehingga lambang berkenaan digunakan oleh penganut Kristian sama ada di gereja atau seumpamanya sebagai simbolik ke atas kematian Nabi Isa atau ‘Jesus’.

Tetapi Nabi Muhammad menyelesaikannya secara perjanjian dan bukannya melalui peperangan dengan kaum Yahudi antaranya sekiranya puak berkenaan diserang, tentera Nabi Muhammad akan membantu dan begitulah sebaliknya. Itu kaedah perjanjian keamanan yang disebarkan oleh Rasulullah.

Begitu juga dengan Nabi Musa di mana puak Yahudi yang buat masaalah dengan pelbagai tuduhan terhadap Nabi Musa ketika itu.

Bagaimanapun akhirnya Yahudi yang membatalkan perjanjian dalam  Piagam Madinah sehingga akhirnya Rasulullah menghalau puak Yahudi dari Khaibar.

Sampai sekarang ini pun puak Yahudi yang banyak buat masaalah, perang sana, perang sini, semuanya kerja-kerja Yahudi. Untuk membesarkan kilang senjata mereka memperkenalkan system riba dan sebagainya.

Sewaktu 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur hingga berlaku pertumpahan darah, namun ketenangan berlaku di Kelantan.

Walaupun kaum Cina minoriti di negeri ini, namun kerana rakyatnya tidak beremosi sebaliknya menanganinya dengan kaedah agama, akhirnya peristiwa itu tidak berlaku.

Islam mengajar umatnya menjaga air muka (maruah) diri sendiri, orang lain, jaga harta kita, jaga harta orang lain, tuduh orang melakukan zina tidak boleh dan sebagainya.

Sebagai contoh sekarang ini orang menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat, ianya sesuatu perkara yang cukup memalukan. Liwat dilakukan dalam kelambu, jangankan manusia nak tengok, nyamukpun tak ada dalam kelambu. Tetapi menuduh pula manusia seperti Datuk Seri Anwar melakukannya, ini satu perkara yang cukup memalukan.

Saya sendiri kalau keluar negara sekiranya mereka bertanya saya datang dari negeri mana, saya cakap dari Malaysia, secara automatiknya mereka menggambarkan peristiwa memalukan itu  dilakukan oleh seorang pemimpin di negara ini. Memang cukup memalukan.  Minta doalah banyak-banyak pada Allah supaya orang melakukan fitnah berhubung perkara ini insaf kerana mereka yang melakukan fitnah tersebut akan berhadapan dengan kemurkaan dan siksaan yang amat pedih. Jahat-jahat komunispun tak buat fitnah macam ni.

Apa sikap PAS terhadap isu penggunaan nama Allah oleh Kristian?

Saya telah membuat kenyataan yang acap kali berhubung ‘kalimah Allah’ ini.  Ayah Nabi Muhammad ialah Abdullah. Ayah baginda lahir ke dunia sewaktu anakandanya Muhammad belum lagi menjadi Nabi, iaitu zaman jahiliah lagi.  Namun ketika itu nama ayahanda baginda adalah Abdullah (hamba Allah).  Nama Allah yang bermaksud hamba Allah telah lama digunakan oleh orang-orang jahiliah terutama di negeri-negeri di Timur Tengah.

Tempat kita ini sekiranya saya ingin berniat baik kepada orang Kristian, saya boleh kata kepada mereka sekarang ini kamu ingin menggunakan nama Allah, ada baiknya kamu menerima sepenuhnya ajaran Allah bukan hanya setakat kalimah. Sekarang ini kamu hanya mengambil namanya sahaja, lama kelamaan ambil pula ajaran agama Allah itu sepenuhnya.

Keduanya kalau ingin disangka tidak baik, mereka ingin mengambil kalimah Allah dengan tujuan untuk mengelirukan. Tidak sepatutnya menggunakan agama untuk mengelirukan orang lain.  Sekiranya ingin menyebarkan agama Kristian, tidak perlu mengelirukan masyarakat, sebaliknya mengeluarkan hujah.  Islam dengan jelas menyatakan kepada agama lain bagaimana sekalipun kebenaran agama yang dibawa, tetapi biarlah melalui hujah.

Jangan sekali-kali membawa kekeliruan, jangan bawa kesamaran dan jangan juga membawa syubhah. Kerana itu saya mengeluarkan kenyataan sekiranya ingin menggunakan kalimah Allah tidak mengapa, tetapi jangan sekali-kali mengelirukan masyarakat dengan kalimah itu dengan hasrat untuk menarik mereka menerima ajaran agama Kristian, ia akan memburukkan nama agama tersebut. Pada masa yang sama imej paderi akan menjadi rosak, jadi ada baiknya mereka menunjukkan keikhlasan mereka sekiranya benar ingin menggunakan kalimah itu.

Di beberapa negeri, perkataan Allah dan beberapa istilah lagi digazetkan oleh enakmen agama tidak boleh digunakan oleh agama lain. Bagaimana dengan Kelantan.

Itu negeri-negeri lain, dia ada cara mereka sendiri, saya tidak mahu campur.  Saya bercakap atas nama Kelantan. Kelantan telah meletakkan segalanya atas suasana persaudaraan, keharmonian bukan sahaja sesama Islam, sebaliknya bukan Islam.

Tujuan Kelantan menjemput semua paderi-paderi, alim ulamak, para sami, sikh dan Buddha kerana makanan (majlis makan tengahari) itu sebagai satu simbolik mengeratkan hubungan silaturrahim.

Sejak zaman berzaman lagi sekiranya ada sesuatu masaalah, akan dapat diselesaikan melalui silaturrahim.  Kita melahirkan kesyukuran kita buat jamuan, kita aqiqah, buat jamuan, berkahwin juga membuat jamuan, kita musafir jauh dan akhirnya pulang semula ke rumah juga kita membuat jamuan. Jamuan ini adalah fitrah manusia untuk mendekati satu sama lain.

Jadi sekiranya orang ingin membakar atau mengganggu gereja di negeri lain itu terpulang pada mereka, namun Kelantan ingin memaut masyarakat dalam suasana harmoni.  Namun yang penting bakar gereja yang berlaku baru ini sesuatu fitnah (dirancang) oleh golongan tertentu.  Sebelum itu mengarakkan kepala lembu, sedangkan perkara itu begitu biadab untuk dilakukan.  Sedangkan umumnya sudah ketahui lembu adalah dianggap ‘holly’ bagi Hindu, kenapa merancang perkara-perkara yang boleh mengguriskan hati masyarakat Hindu.

Daripada kita mengarak kepala lembu, ada baikknya kita mengajak mereka menerima Islam, tetapi kerana tidak pandai untuk berdakwah, mereka melukakan masyarakat bukan Islam dengan insiden tersebut.

Apa pandangan Tuan Guru dengan dialog antara agama?


Ya, saya setuju benar cadangan tu. Kalau boleh semua penganut pelbagai agama berhimpun khususnya ketua-ketua agama.  Namun saya cadangkan jangan memanggil orang PAS sebagai moderator pada pertemuan itu takut nanti dikatakan berat sebelah atau seumpamanya.

Boleh menjemput pensyarah-pensyarah universiti bahagian perbandingan agama.

Adakah dialog antara agama dibenarkan dalam Islam?


Islam tidak menghalang dialog antara pelbagai agama dilakukan, namun yang pentingnya perkara apa yang ingin dibincangkan.

Sekiranya saya ingin melakukan dialog saya akan mencadangkan ‘di mana salahnya Islam’.  Selagi tidak ada sesiapa dapat membuktikan Islam itu agama yang salah, saya nak tinggalkan Islam pun tak boleh kerana dia tak dapat membuktikan salahnya Islam dan ‘you’  ingin menolak Islampun tidak boleh kerana Islam tidak salah. Itu sebagai contoh sekiranya saya mengendalikan dialog, orang lain saya tak tahulah.

Dialog tu baguslah, tetapi berdasarkan tajuk apa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan  bertujuan untuk berdialog dengan pemimpin di seluruh dunia.  Islam telah lama mengajar dialog sebagaimana yang diajar dalam al-Quran menyeru golongan bukan Islam supaya membawa hujah sekiranya mereka benar dengan pegangan mereka.

Untuk menyelesaikan segala masaalah bukan dengan ISA, penumbuk, tetapi hujah.  Ini tidak, kita bawa hujah dia bawa ISA. Mengarut orang Umno ni. Dia sendiri tiada hujah, tetapi kerana sombong dan takabur mereka menggunakan ISA.

Alim ulama atau lebih dikenali dengan panggilan ‘tok guru’ pondok tahun-tahun 60-an, di Kelantan ramai ditangkap di bawah ISA.  Atas sebab itu juga walaupun saya sebagai seorang guru pada asalnya namun kerana ingin membela nasib mereka saya menyertai parti politik. Saya heran kenapa orang Melayu menangkap tok guru Melayu.  ISA ni nak bawa ke mahkamah tak boleh, malah tak tahu pula bila nak dilepaskan, punya jahat orang Umno ni tak habis-habis.  Jadi saya tinggalkan jawatan saya sebagai seorang guru sertai politik PAS.

Apa tujuan Kelantan menganjurkan jamuan tengahari 28 Januari ini.

Kelantan buat jamuan, 28 haribulan ini bukan kali pertama, sebelum ini pertemuan serta jamuan yang sama telah dilakukan beberapa tahun lalu.  Saya panggil ketua-ketua agama lain datang ke pejabat saya, ramai datang. Malah saya sendiripun pergi ke wat-wat mereka khususnya di Tumpat, saya pergi. Jumpa sami mereka dengan tujuan untuk membuktikan Islam ini membawa keamanan dan kesejahteraan. Sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak kena berhubung ajaran suci ini, nyatakan di mana silapnya.

Harapan Tok Guru pada pertemuan itu nanti bagaimana?

Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.

Penemuan Telaga Baru di Kelantan, Dirahsiakan

KUALA LUMPUR, 11 Okt: PAS menggesa kerajaan Pusat berlaku jujur dalam isu tuntutan royalti Kelantan yang sehingga kini masih dinafikan pembayarannya.

Bercakap sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam, Salahudin Ayub (PAS- Kubang Kerian) berkata, penemuan terbaru menunjukkan Kelantan sememangnya berhak menerima pembayaran 5 peratus royalti itu.

Beliau merujuk kepada penemuan terbaru yang mendedahkan bahawa dua lagi kawasan zon minyak ditemui di Medan Bumi dan Medan Suria yang tidak masuk dalam kawasan bertindih Joint Development Area (JDA).

"(Medan Suria dan Medan Bumi) Bukan masuk JDA. Tidak lagi bertindih dengan Thailand. Kalau JDA, okey. Itu kita beri dengan Thailand dan royaltinya kita dapat bersama tetapi yang paling baru ialah Medan Bumi dan Medan Suria," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Selain itu juga ujarnya, kerajaan Kelantan juga tidak diberitahu tentang kawasan bertindih dengan Terengganu di sempadan iaitu di Medan Lawit, di Medan Damar dan Medan Bintang.

"Apa yang lebih memedihkan dan menyayat hati ialah apabila kita minta Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk apa yang dikatakan document discovery.

"Tuan Yang di-Pertua bukan minta duit lagi, hendak minta didedahkan dokumen itu, berapa banyak, berapa luas, berapa sebenarnya kuantiti hasil petroleum itu pun dinafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan," katanya lagi.

Beliau juga menggesa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam agihan Bajet 2012 'mengenepikan perbezaan politik kepartian' kerana yang akan menjadi mangsa kepada sikap itu adalah rakyat sendiri.

"Agihan mesti diluar daripada dendam kesumat atau dendam politik...

"Ini penting kerana itu ialah wang rakyat. Itu hak negara. Hak yang kita kongsikan bersama," katanya.

Tuesday, 31 May 2011

Memorandum Royalti kepada Perdana Menteri



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


MEMORANDUM JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) MENGENAI ISU PEMBAYARAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;


Yang Amat Berhormat Dato’ Seri;


Dengan hormatnya ini adalah MEMORANDUM  kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia berkait dengan isu pembayaran Royalti Minyak Negeri Kelantan.Bahawa isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.


Bahawa semasa perbahasan Akta Pembangunan Petroleum 1974 oleh Tun Abdul Rahaman Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak seperti hansard Dewan Rakyat bertarikh 24 November 1974 muka surat 2371 yang menyatakan;


“Saya juga sukacita melihat dalam Fasal 2 bahawa hak untuk mengeluarkan pemberian hak-hak seperti terkandung dalam Jadual terserah kepada Kerajaan yang mempunyai kuasa kepada kawasan yang berkenaan. Bagi pihak kerajaan Negeri Sarawak saya ingin menyatakan bahawa kita berpendapat adalah menjadi hak Negeri Sarawak mempunyai kuasa di bawah Seksyen 2 tadi mengeluarkan pemberian hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan berkenaan dengan Petroleum seperti terdapat dalam Jadual Undang-undang ini meliputi bukan sahaja kawasan daratan tetapi juga kawasan yang disebut offshore termasuk continental shelf. Saya sungguh gembira ada tersebut dalam Rang Undang-undang ini iaitu sebagai pengakuan kepada hak ini pihak PETRONAS akan memberi bayaran wang tunai kepada Kerajaan yang berkenaan. Dengan cara begini maka Kerajaan Negeri berkenaan akan dapat sedikit wang, walaupun tak banyak yang boleh digunakan dalam pentadbiran negeri dan juga dalam pembangunan”.


Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri ayahanda Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, YAB Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami YAB Dato’ Seri;


“Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”


Bahawa Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 12 telah mengesahkan pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011.


Bahawa berdasarkan kepada ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahaman Ya’kub, adalah sewajarnya difahami sebagaimana berikut:-


1) Tidak ada had 3 batu nautika seperti yang dihujahkan oleh pemimpin Kerajaan Pusat sekarang.


2) Offshore sesuatu negeri tidak tertakluk kepada 3 batu nautika bahkan meliputi continental shelf.


3) Bayaran tunai tersebut dibayar kepada Kerajaan Negeri dan tidak dibayar kepada mana-mana pihak yang lain atas apa jua alasan.


4) Akta ini mengakui hak ke atas petroleum adalah hak Kerajaan Negeri yang akan diserahkan kepada Petronas dengan timbal balas bayaran tunai.


Maka adalah kami JAWATANKUASA BERTINDAK ANAK KELANTAN PERANTAUAN MENUNTUT DITUNAI JANJI HAK ROYALTI RAKYAT KELANTAN (ROYALTI KELANTAN) dengan ini telah mengambil resolusi untuk membuat tuntutan sebagaimana perkara-perkara yang berikut:-


Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan ditunai janji untuk membayar Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana hak yang telah termaktub dalam perjanjian.


Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan ditunai janji pengembalian hak Wang Royalti Kerajaan Negeri Kelantan sama seperti yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.


Bahawa YAB Dato’ Seri memastikan pembayaran Wang Royalti secara “cash payment” dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.


Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Memorandum ini bertarikh 31hb Mei 2011


…………………………
Haji Apandi Mohamad
Pengerusi Royalti Kelantan

Monday, 30 May 2011

Royalti: Mahkamah Rayuan tolak, Kelantan rayu

<iframe width="425" height="349" src="http://www.youtube.com/embed/qo-pu6jcYOU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Thursday, 26 May 2011

Saran NGO UMNO Tuntut Hak Royalti Kelantan

Kehadiran tidak lebih daripada 150 orang yang menggelarkan mereka sebagai NGO dengan singkatan OMBAK telah memenuhi perkarangan Kota Darulnaim pagi tadi. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan atas tuntutan penjelasan berkenaan Ladang Rakyat.

Rombongan ini telah disambut oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar dan YB Timbalan Speaker. Tiada kekecohan yang melampau dilaporkan. NGO yang menggunakan baju merah berlambangkan 1Malaysia itu mula memenuhi perkarangan Kota Darulnaim sekitar jam 9 pagi dan bersurai sekitar jam 11.00 pagi setelah menyerahkan memeorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar.

YB Dato' Husam Musa ketika diminta mengulas berkenaan demonstrasi itu merumuskan tindakan itu sebagai agenda memburuk-burukkan imej kerajaan negeri kerana kertas memorandum yang diserahkan tidak ada kaitan langsung dengan tuntutan rakyat tetapi lebih bersifat propaganda atas kepentingan parti politik tertentu.

YB Dato' Husam juga sempat menyarakan agar jika benar rakyat Kelantan mahu menuntut hak dan keadilan untuk rakyat, maka beliau mempelawa kesemua pendemonstrasi untuk bersama-sama kerajaan negeri menuntut hak royalti minyak Kelantan sebagaimana yang diperolehi Terengganu.

Kesemua ini dinyatakan oleh YB Dato' Husam ketika mengadakan konvoi penyerahan enam kunci rumah Dhuafat di Dun Jelawat, Pasir Tumbuh dan Salor bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 6.00 petang di ketiga-tiga tempat tersebut. Berita penuh sebagaimana tulisan di gegarkelantan.net

UMNO Berselindung Disebalik NGO Pertikai Ladang Rakyat

KUBANG KERIAN( Pasir Tumboh ),- 16.Mei – Tindakan pemuda Umno Kelantan yang sanggup menyerahkan memorandum yang dikenali “ Memorandum Rakyat” dengan berselindung di belakang NGO Orang Muda

Berpadu Anti Korupsi Kelantan(Ombak) kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikesali Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam yang juga merupakan exco negeri berkata walaupun mereka menggunakan NGO tersebut tetapi hakikatnya ialah datang dari sebuah parti politik yang mempunyai kepentingan mereka sendiri.

“ Mereka ini tak perlulah mengadakan demontrasi, kerana kalau ikut memorandum tersebut tidak disebutpun masalah rampas tanah rakyat, jadi masalah rampas tanah tidak berbangkit,jadi kenapa perlu adakannya”ujar beliau.

Beliau juga berkata daripada mereka mengadakan demontrasi seperti itu, lebih baik mereka sama-sama dengan negeri dalam menuntut royalti petroleum dari Pusat kerana Terengganu yang mempunyai persoalan yang sama sudahpun mendapat kembali hak rakyat mereka.

Husam yang ditemui di majlis penyerahan rumah Dhuaafat di Kampung Kubang Kacang, Pasir Tumboh berharap rakyat tidak akan mudah tertipu dengan agenda politik umno masa kini. Turut hadir Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah. Ketika berucap di majlis penyerahan tersebut, Husam berkata umno Kelantan semakin kalut kerana mereka sering menimbulkan pelbagai isu. Penerima rumah dhuaafat gembira menerima anugerah kerajaan negeri.

“ Dalam isu Bazaar Tok Guru, pemimpin mereka bagaikan mencurah api kepada masalah rakyat sedangkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa, malah dalam masa yang sama Tok Guru telahpun berjaya menyiapkan Bazaar tersebut dan Alhamdulillah kini peniaga di kedua-dua arked tersebut mula sedar telah ditipu dan Bazaar Tok Guru akan beroperasi dalam masa terdekat ini” katanya lagi.
Satu lagi isu yang dibawa umno masa kini ialah permasalahan bekalan air bersih, Husam menjelaskan kerajaan Kelantan telah dipinggirkan dalam mendapatkan geran, malah negeri lain telah diberi ribuan juta dalam bentuk geran tersebut, Kelantan hanya diberi pinjaman mudah dan terpaksa dibayar bersama faedahnya.

“ tuan-tuan seharusnya faham, umno kini semakin kalut dan baru-baru ini telah memberi persetujuan untuk Presiden MCA datang berjumpa Tok Guru untuk minta lesen judi dan ini menggambarkan umno begitu ghairah untuk mendapatkan lesen judi tersebut” katanya lagi.

Sementara itu penduduk yang menerima rumah dhuaafat melahirkan rasa terharu di atas kesudian kerajaan membina sebuah rumah setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran tahun lepas.

Monday, 4 April 2011

Ku Li ulangi kembalikan hak royalti Kelantan

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " kata Tengku Razaleigh dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

ku li tengku razaleigh interview 241106 significant"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," kata beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

"Tak kira siapa kerajaan pun, Sama ada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa.

"Tak ada keadilan dari segi itu," katanya.

Kerajaan negeri dibelakangkan

Menurut Razaleigh konsep federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"katanya.

NONESelangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.

Razaleigh berkata tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganak-tirikan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.

"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut.

“Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," katanya.

NONEMengimbau isu royalti minyak Kelantan, Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan PAS.

"Kalau negeri nak terima lima peratus, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalti). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," katanya.

Saman Petronas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

NONESehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu - di sempadan Thailand-Kelantan.

Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-BN tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.

"Sebenarnya perdana menteri adalah menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati perdana menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab.

"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati perdana menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang, “ katanya.



http://www.malaysiakini.com/news/160502