Saturday, 12 May 2012

Royalti: Penipuan Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak MENIPU di Parlimen pada 4 November 2009 dengan menafikan HAK 5% Royalti Minyak Kelantan. LIHAT apa penipuan beliau:



 

i. Kelantan dan TERENGGANU tidak berhak mendapat Royalti Minyak sebab TIADA Minyak ditemui dalam perairan kedua-dua Negeri tersebut.

Jawapan: Terengganu menerima Wang Royalti 5% SEJAK tahun 1978! Cuma waktu BN kalah di Terengganu pada PRU1999, Wang Royalti ditarik balik dan diberikan Wang Ehsan. Pada tahun 13 Disember 2008 Wang ROYALTI diberikan semula kepada Kerajaan Negeri Terengganu selepas BN berjaya mengambil alih daripada PAS pd PRU2004.

 

ii. Tidak layak disebabkan Minyak ditemui diLUAR kawasan PERAIRAN Kelantan dan Terengganu, iaitu melebihi 3 batu nautika (Ordinan Darurat 1969)

Jawapan: Saya ambil balik JAWAPAN Bapanya sendiri untuk balas balik kenyataan PM, Kenyataan Bapa Najib (Tun Razak) ini adalah mengikut Akta 144: Akta Kemajuan Petroleum 1974 iaitu;-

"Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% drpd nilai Petroleum yang dijumpai dan diperolehi dlm kwsn perairan (onshore) atau diluar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya." - Kenyataan Mantan Perdana Menteri, Arwah TUN Razak (Bapa Najib). Menjawab soalan Lim Kit Siang di Dewan Negara, 12 Nov 1975.

 

iii. KELANTAN dan Terengganu TIDAK LAYAK maka Kerajaan Malaysi beri WANG EHSAN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (dinyatakan dalam jawapan Dewan: Agensi Persekutuan)

Jawapan: Dalam Akta 1: Akta Kemajuan Petroleum 1974 - TIADA istilah WANG EHSAN, hanya ada BAYARAN TUNAI 5% daripada setiap pengeluaran MINYAK dan GAS dalam kawasan perairan (onshore) atau luar perairan (offshore).

Bayaran MESTI dibuat kepada KERAJAAN NEGERI, tiada disebut AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN atau JPP!

Anda BACA, Faham dan SEBARkan, lihatlah bertapa KEJAMnya rejim UMNO/BN menafikan HAK Kelantan untuk mendapatkan Royalti Minyak 5%, yang kini termasuk bayaran tertunggak adalah sebanyak RM7.2BILLION @ RM7 RIBU JUTA!

Ayuh Rakyat KITA TOLAK BN, dan Undi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nnti. - Sebarkan jika anda prihatin!

 

Syam Ghaz

Setiausaha GEGAR

www.royaltikelantan.com

 

No comments:

Post a Comment