Sunday, 20 May 2012

GEGAR: Annuar Musa sokong tuntutan royalti Kelantan

Sokongan yang ditunjukkan oleh presiden Persatuan Bolasepak Aamatur Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa ke atas tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri itu merupakan satu mesej penting untuk menarik sokongan anak muda, menurut penganjur kempen tersebut.

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) berkata Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan orang kuat Umno itu juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong tanpa mengira sentimen politik.

NONEBeliau mengulas tindakan Annuar yang menurunkan tandatangan pada kain rentang semasa kempen tersebut diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan pasukan itu menentang Sime Darby malam tadi.

Tandatangan oleh timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu merupakan satu dorongan kepada sebagai satu tarikan bagi semua penyokong pasukan Red Warriors untuk menuntut royalti minyak.

"Tindakan beliau menurunkan tanda tangan atas dasar kapasiti dia sebagai anak jati Kelantan. Perjuangan GEGAR tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan.

"Tindakan Annuar penting untuk tarik sokongan anak muda yang menyokong Red Warriors yang ramai hadir semalam bagi memberi impak pada tuntutan kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kempen bermula hari Jumaat dan berakhir semalam turut dipenuhi dengan acara bacaan puisi edaran pelekat dan juga pengibaran bendera merah dengan simbol tuntutan berkenaan.

Muhammad Hishammuddin berkata, kempen bersama lebih 70 NGO Kelantan itu juga berjaya mengumpulkan lebih 10,000 tandatangan yang menyokong kempen tersebut.

 
Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan




(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).

Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?

 

Harakahdaily

No comments:

Post a Comment