Sunday, 31 January 2010
Video tayangan ceramah Perdana Ku Li
“Bertindih tak bertindih, JDA tak JDA kalau ada minyak, tetap Kelantan dapat,” jelas bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah ketika menyampaikan ceramah perdana penjelasan isu royalti minyak Kelantan di Stadiumm Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam tadi. (Klip Video)
Ceramah yang turut dihadiri pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalannya, Dato’ Ahmad Yaakub dan Exco Kanan, Dato’ Husam Musa itu menarik kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan, hadir sejak sebelum Maghrib dan bersolat jemaah di dalam stadium.
Katanya, kerajaan pusat perlu menghormati perjanjian yang dibuat berkaitan perkara berkenaan kerana ia diluluskan di parlimen.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan dolak dalih kerajaan pusat pimpinan Dato’ Seri Najib untuk memberikan hak kepada Kelantan iaitu royalti dan bukannya wang ihsan.
“Ini (perjanjian) mengikut undang-undang... dilulus oleh parlimen.. dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri berdasar kepada perjanjian yang dibuat antara (Kerajaan) Sarawak dengan Petronas.
“Jadi.. ambo (saya) pun berfikir juga.. ye lah.. kena fikir juga benda lagu ni (perkara ini) tidak?.. bakpo (kenapa) yang susah sangat sampai masa nak beri duit ke (kerajaan) Kelantan ni.. telaga minyak mengikut agreement builah (berilah).. wajib kena bagi (royalti).
“(Kalau atas alasan diperintah pembangkang) Sabah pernah jatuh ke tangan pembangkang.. masa PBS berkuasa di sana di bawah Joseph Pairin sebagai Ketua Menteri (Kenapa) Petronas bayar juga.. 5 peratus.. tak timbul (pula) nak beri (atas nama) ihsan tak ihsan..,” jelas Ku Li.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment