Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) mengesahkan mereka sudah menghantar surat jemputan debat Royalti Petroleum Kelantan yang akan diadakan pada Februari 2010, debat yang akan mengandingkan YB Salahuddin Ayub(Mewakili Kerajaan Kelantan) dan YB Datuk Nazri Aziz (Wakil Kerajaan Persekutuan) akan diadakan di Pusat Islam Lundang,
Acara Debat diadakan ekoran cabaran Salahuddin terhadap Nazri yang bersedia untuk berdebat berhubung isu ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Debat pusingan kedua juga akan diadakan antara Dato Husam Musa & Dato Mustapha Mohamed.
Disamping itu pihak GMR & GEGAR akan berkerjasama di dalam menjayakan pehimpunan besar-besaran di Stadium Sultan Muhammad IV yang akan dihadiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah, untuk memberi penjelasan kepada seluruh rakyat mengenai Perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1975 yang telah dipersetujui antara beliau sebagai Pengerusi Petronas dan Dato’ HJ. Mohamed Nasir selaku Menteri Besar.
Dalam pada itu, bagi menyemarakkan kempen tersebut pihak GMR & GEGAR yang ditubuhkan mewakili lebih 50 NGO juga merancang untuk mengadakan siri Jelajah(Roadshow) ke setiap daerah di Kelantan, siri penerangan di masjid-masjid, petition dan juga siri ceramah kecil. Disamping mengadap Pemangku Sultan Kelantan.
Diharap seluruh rakyat Kelantan akan bersama menyatakan solidariti mereka terhadap kempen terbaru tuntutan royalti ini.
No comments:
Post a Comment