Monday, 2 July 2012

Aktivis R Tiba di Songkla, Kajian Impak Ekonomi.

Beberapa Aktivis Royalti & Gegar telah selamat tiba di Songkla, Thailand dalam rangka membuat kajian impak ekonomi kesan Pendaratan Gas di sana.



Untuk rekod Gas yang terdapat di perairan Kelantan melalui Konsortium Petronas telah didaratkan di sini yang jaraknya lebih 270km dari Telaga berbanding Bachok, hanya 140km.

Kami akan berkongsi, statistik & data yang berjaya dikumpulkan melalui kajian yang akan kami jalankan di sini. Minta semua sahabat yang mendokong mendoakan moga perjalanan kami selamat.

 



Delegasi "R" bergambar kenangan di Hadapan PTT Public Company Limited, Region VII Pipeline Operation Centre. Chana, Songkhla - Thailand.

Jaraknya dari Pelantar Cakerawala, di dalam kawasan Malaysia Thailand Joint Development Area (MTJDA) sejauh 270km, berbading pelantar ke Ke Kelantan hanya 140km.

No comments:

Post a Comment