"Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia. Kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia.
"Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat. Sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? Bawah undang-undang, sekiranya Ordinan Darirat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan," katanya.
Menjawab soalan dalam sebuah forum di Kota Baharu kelmarin, Nazri bagaimanapun meminta orang ramai supaya menunggu keputusan mahkamah tentang siapa yang berhak terhadap telaga minyak yang menjadi pertikaian Kelantan dan kerajaan pusat itu.
Turut terlibat sebagai ahli panel bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.
Rashid: Beri atas semangat 1Malaysia
Sementara itu, Abdul Rashid pula berkata, royalti sehingga RM600 juta patut diberikan kepada Kelantan atas semangat 1Malaysia.
"Sebagai orang Kelantan, saya hendak kata, itu hak negeri Kelantan. Patut dapat RM600 juta. Kalau Terengganu boleh bagi, kenapa Kelantan tidak bagi? Sebagai anak Kelantan, saya kata patut diberi," katanya.
"Duit itu untuk belanja di Kelantan, Ini semangat 1Malaysia. Lebih raya kena mari ke Kelantan, orang Umno pun naik lebuh raya juga," katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 peserta dalam majlis itu.
Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan.
Kerajaan persekutuan turut memohon sebagai pencelah dalam kes itu.
No comments:
Post a Comment