Friday, 12 February 2010

Debat Royalti ditangguh, kibar bendera Kelantan

KOTA BHARU, 11 Feb: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) memaklumkan Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan pada 13 Februari ini di Kelantan Trade Centre (KTC) ditangguhkan. Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, selaku penganjur pihaknya tidak menerima pengesahan kehadiran daripada dua orang ahli panel yang dijemput iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

debat tokpa

“Surat jemputan ke program ini telah dihantar dan pegawai-pegawai di pejabat Yang Berhormat berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat,” ujar mereka dalam satu kenyataan. Walau bagaimanapun, kata mereka Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub masing-masing telah mengesahkan untuk hadir ke debat tersebut.

“Walaupun ditangguhkan, Gegar akan berusaha untuk menjayakan program debat seperti ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh baru debat setelah mendapat persetujuan kehadiran daripada ahli-ahli panel,” ujar mereka.

Berikutan dengan keprihatinan dan komitmen ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, Gegar juga merayu dan memohon seluruh rakyat negeri ini tanpa mengira di mana pun mereka berada untuk mengibarkan bendera negeri di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac ini.

1 comment:

  1. BERITA TERBARU!!!!!

    LANUN BERMAHARAJALELA DI LAUT CHINA SELATAN,SEGALA HASIL MINYAK DAN GAS KELANTAN DAN TERENGGANU TELAH DI ROMPAK.LANUN ITU DI KATAKAN SUDAH SEKIAN LAMA MENGUASAI PERAIRAN LAUT CHINA SELATAN.SATU PASUKAN GEGAR YANG DI ANGGOTAI OLEH PANGLIMA DAN HULUBALANG KELANTAN SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MENGHAPUSKAN LANUN TERSEBUT...!!!!

    ReplyDelete